Galeri Warisan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Galeri Warisan SMK Tinggi Perempuan Melaka terbahagi kepada dua iaitu Galeri Sejarah dan Galeri Seni.

Idea mewujudkan Galeri Warisan Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melayu dicetuskan semasa persediaan menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Sekolah pada tahun 2010. Pada ketika itu bermulalah gerakan mengumpul barangan lama, gambar-gambar, piala dan dokumen penting yang telah digunakan lebih 50 tahun lalu untuk diletakkan di sebuah bilik yang dinamakan “Bilik Warisan Sejarah Sekolah”. Bilik itu terletak di bahagian hujung bangunan Blok F berhadapan dengan Surau Sekolah.

Pada 30 Julai 2010 bilik tersebut telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Azailiza bt Mohd Ahad yang ketika itu merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka pada tahun 1974 hingga 1978.

Pada bulan Ogos 2014 berlaku banjir yang telah mengakibatkan bangunan blok F dinaiki air dan menenggelamkan serta merosakkan sebahagian bahan dan peralatan di Bilik Warisan Sejarah Sekolah. Sejak itu pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memindahkan bilik tersebut ke tempat yang lebih tinggi dan sesuai. Kini bilik Warisan Sejarah Sekolah ditempatkan di hujung blok F berhadapan dengan Perpustakaan Sekolah dan diberi nama sebagai Galeri Warisan. Galeri ini dimasukkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah.


MATLAMAT

Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan dengan perkembangan sekolah

OBJEKTIF

  1. Memelihara koleksi barang-barang dan dokumen-dokumen lama sebagai khazanah Warisan Sekolah
  2. Mendedahkan kepada pelajar dan guru-guru dengan kejayaan-kejayaan sekolah yang dijadikan inspirasi untuk kesinambungan kejayaan sekolah
  3. Melahirkan perasaan jati diri melalui sejarah sekolah
  4. Memperkenalkan sejarah SMK Tinggi Perempuan Melaka kepada masyarakat umum.
  5. Menanam rasa cinta dan bangga akan sejarah bangsa dan negara

Blog Galeri Warisan Sekolah

Secara amnya, Galeri Warisan SMKTPM menempatkan bahan - bahan berikut :


1. Sejarah Sekolah

    1.1  Lokasi dan asal usul petempatan

    1.2  Pengasasan & Pembinaan

    1.3  Perkembangan dari segi bangunan dan Kemudahan

2. Pengurusan dan Pentadbiran

Galeri Warisan

     2.1 Pengetua

2.2 Barisan Pentadbir

3. Pencapaian Utama Sekolah

     3.1  Akademik

     3.2  Sahsiah dan Personaliti

     3.3  Kokurikulum

     3.4  Aktiviti, Peristiwa & Majlis Sambutan Utama

          - Album, Dokumen & Laporan

     3.5  Etos/Kebitaraan

          - Pasukan Pancaragam

          - Pendidikan Seni Visual

- Bola Jaring

 4. Jejak Bekas Pelajar

     4.1  Alumni & Aktiviti

     4.2  Pencapaian & Kejayaan Bekas Pelajar

 5. Hubungan Masyarakat

     5.1  Persatuan Ibu bapa dan Guru

     5.2  Pegawai Perhubungan Polis

     5.3  IPTA dan IPTS

     5.4  Lain-lain Badan Kerajaan dan  Bukan Kerajaan

6. Barangan Warisan Sekolah

     6.1 Perabot lama, Pinggan Mangkuk dan peralatan lama  Kelas ERT sekolah

     6.2 Alat-alat  Multi Media,Alat Muzik

     6.3  Pakaian

ArtifakPeneranganPautan

video

PianoPerkataan PIANO diambil dari bahasa Itali iaitu piano dan forte, yang bermaksud lemah dan kuat. Di Itali yang mereka katakan masih "pianoforte. Piano ialah alat muzik yang dimain melalui papan nadanya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya

Di sekolah ini, Piano ini telah digunakan oleh guru muzik sekitar tahun 70an untuk aktiviti kelas muzik seperti nyanyian, mengubah lirik lagu dan menghasilkan lagu.

Video
Marching BellAlat musik melodi drum band yang terdiri dari bilah-bilah logam persegi (lyra) yang setiap logam memiliki nada tersendiri, dan dimainkan dengan cara dipukul dengan stik yang ujungnya terbuat dari mika. Fungsi utama bellyra adalah memainkan nada-nada melodi, yakni nada-nada lagu yang dimainkan oleh unit drum band sehingga pemirsa dapat menentukan/menebak lagu apa yang sedang dimainkan, dan berada di belakang bass drum di setiap paradenya. Lagu-lagu yamh dimainkan adalah lagu-lagu melodi, yang meliputi lagu-lagu yang biasa kita dengar melalui media-media elektronik. Bellyra merupakan simbol keharmonisan melodi dari sebuah unit drum band.Contoh kegunaan Bell
Piring HitamPiring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Ia terdapat dalam pelbagai versi antaranya adalah :-

  • Yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
  • Yang memuatkan empat lagu tu ialah dikenalai sebagai EP (Extended Play).
  • Yang memuatkan lebih dari itu dikenali sebagai LP (Long Play).
Pembuatan Piring Hitam
Mesin TaipMesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip.

Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas.

Mesin taip Olivetti Lettera 32

Mesin taip Smith Premier, sekitar akhir abad ke-19.

Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini, walaupun masih popular digunakan beberapa penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi.

Contoh Penggunan Mesin Taip
Batu Giling
  • Diperbuat daripada batu dan terdiri daripada yang dipanggil ibu dan anak.
  • Ibu adalah bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling.
  • Anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan gilingan di atas ibu.
  • Cara menggiling adalah anak digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanannya secara sorong tarik.
  • Tujuannya agar bahan gilingan dapat digiling dengan serata.
  • Batu giling biasanya digunakan untuk menggiling cili, rempah, kelapa, kacang, inai dan bahan-bahan lain.
Penggunaan Batu Giling
Congkak
  • Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Walau bagaimanapun, asal usul permainan congkak dipercayai dari dunia Afrika atau Arab yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Arab yang menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Nama "congkak" pula dikatakan diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.
  • Terdiri terdiri daripada satu papan congkak dan buah congkak. Bahan-bahan yang boleh dijadikan buah congkak termasuklah biji saga, guli atau batu-batu kecil. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti   merbau, keruing, balau, kayu rambutan dan nangka. Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. 'Rumah' kepunyaan pemain terletak di lubang hujung sebelah kirinya.
  • Dalam permainan congkak, dua pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Pemain akan memulakannya dengan serentak dengan mengisikan satu persatu buah congkak dalam setiap kampung dengan sama banyak menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam sehingga salah seorang pemain berhenti di lubang yang kosong kerana kehabisan buah congkak dan dianggap mati. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Cara Dimainkan
Alatan MerenjisAlat Merenjis Tepong Tawar diperbuat daripada bahan tembaga dan pada kebiasaanya digunakan sewaktu majlis persandingan perkahwinan orang - orang Melayu.

Kebanyakannya aktiviti merenjis dan menepung tawar ini dilakukan oleh ibu, ayah, adik beradik & sdara terdekat  pengantin itu sendiri.

Tengah2 sibuk bersanding ade la annoucement panggil ayah pengantin atau ibu pengantin utk merenjis dan menepung tawar.Alat yg digunakan pulak adalah air mawar, tepung beras dan ade yg guna daun pandan dicampur pelbagai jenis bunga.

Video
Bakul Siah
  • Bakul Siah  atau bakul sia merupakan bakul tradisi bagi masyarakat Baba dan Nyonya di negeri Melaka.
  • Bakul ini terdiri daripada beberapa saiz dan tingkat. Oleh itu, harga bakul ini bergantung kepada saiz serta tingkatnya.
  • Kebiasaannya, bakul ini diperbuat daripada buluhkayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Corak hiasan dan besar bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan yang dikehendaki oleh pemilik bakul tersebut.
  • Pada masa dahulu, bakul ni digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan untuk pemberian hadiah. Para tetamu terutamanya kaum ibu yang  pergi ke majlis perkahwinan biasanya akan membawa bakul siah bagi mengisi buah tangan atau hadiah dalam bentuk beras. Bakul siah ini diberikan kepada tuan rumah yang kemudiannya memasukkan beras tersebut ke dalam tong beras. Tuan rumah akan membalas pemberian beras tersebut  dengan memasukkan benda lain ke dalam bakul Sia seperti pulut kuning atau telur rebus.
  • Selain itu, bakul Siah  juga digunakan apabila ada kematian. Para ibu yang melawat rumah si mati akan mengisi beras di dalam bakul Sia dan memberikannya kepada tuan rumah. Berbeza daripada majlis perkahwinan, tiada balasan daripada tuan rumah apabila bakul ini dikembalikan.
Pembuatan Bakul Siah
Rehal
  • Rehal adalah alat yang digunakan oleh masyarakat Islam untuk meletakkan Al-Quran ketika membaca dan mempelajarinya.
  • Rehal yang juga dikenali sebagai rihal, dicipta khusus oleh orang-orang Islam secara simboliknya  untuk mengangkat kedudukan dan darjat Al-Quran sebagai satu cara menghormati dan memuliakan kitab Allah SWT iaitu Al-Quran.
  • Terdiri daripada papan bersilang yang boleh dibuka dan ditutup bagi memudahkan proses penyimpanan rehal tersebut.
  • Alat ini digunakan di dalam madrasah, masjid dan juga rumah orang-orang Islam.
  • Kebiasaannya, rehal diperbuat daripada kayu yang diukir dengan pelbagai bentuk dan corak tetapi dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, terdapat juga rehal yang dibperbuat daripada plastik.
  • Satu manfaat daripada penggunaan rehal adalah dapat memelihara jilid al-Quran. Bentuk 'V' yang terhasil daripada bentuk rehal memastikan tetulang jilidan sebuah kitab terpelihara apabila kerap kali dibuka dan ditutup.
Pembuatan Rehal